CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday 6 November 2011

ha2....lteyh sgt hri ni..kowang nk tahu x satu crita??x yahla ye...sblum tu fini nk bg TAZKIRAH (cewah..prasan)ehm2
                                           KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W. DI ARAFAH
Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W. DI ARAFAH
Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah

Tahun 10 Hijriyah di Lembah Uranah, Gunung Arafah

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

BERWASPADALAH TERHADAP SYAITAN DEMI KESELAMATAN AGAMA KAMU. DIA TELAH BERPUTUS ASA UNTUK MENYESATKAN KAMU DALAM PERKARA-PERKARA BESAR, MAKA BERJAGA-JAGALAH SUPAYA KAMU TIDAK MENGIKUTINYA DALAM PERKARA-PERKARA KECIL.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAH ku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.


                   PANJANG KAN??jgn tgk shj ya..BACA JUGAK>>>hem..maaf lah fini x msukkan lg gmbr fini time buat haji dulu..skrg fini gna laptop my cousin...gmbr tu ada dlm laptop fini..x pelah laen kali ye..kita pakat2 tgk..smoga ALLAH bkakan pintu hati korang utk mlgkahkn kaki ke tanah lahir nabi kita...ha2~hari ni fini bg tazkirah c-kit ye...tadah tlinga je...dan jgn lupa fhami...ermm..apa lg ye..ha!jgn lupa doakan fini ye..tadi an masa fini ngan cousin fini round2 koryati adalah seorg pemuda ntah lah dri mna tiba2 muncul..bkn nya timbul tiba2 ja ya..tapi ntah lah ssh nk trgkan..dia jln ikut kitorag..fini ngann cousin fini apa lg jln lah laju2...x lari tkut dia tau yg kita tkut ..x bleh...habis lautan,hutan ikutlah apa2 pon kitorang redah..(lbih2 dh tu..)sandal fini trpijak di tmpt yg tnh nya lmbik...eeii..KOTORLAH!tapi time tu fini dh x cerewt dah..KEEP GOING FINI!...pnat weih jln laju..my COUSIN?dh tinggal d blakng..selfish btoi aku niey..x kesah da...jht nya x lh smpai mcm 2 foini tgk lah jgk keadaan cousin fini2...akhirnya slamat jgak smapai...FuHH!1ssuatu prjalanan yg amat mmnatkan..!!!YES!oppS!ALHAMDULILLAH!dia dh x de...tu je sbnrnya..x dop ap2 pon...but bg fini n cousin fini korang pon aknn rasa bnda yg sama.,...korang x tau crita pnuhnya...ini hanya hitam putih sj ya... k lah salam...JAP...nnti i-allah fini akn msukkan gmbr tu erk... :P 

0 comments:

Post a Comment

The Owner


*Known as Afini
*MTS's student
*First see the world 5.4.1998
*Happy Blogging from Afini
*Amal ma'ruf nahi munkar
*Yakini billahi yakini